selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Profile Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1984. Pada ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan dua tingkat, satu kantin dan satu bangunan Seni Perusahaan.Terdapat 14 buah bilik darjah, 2 makmal sains, 2 bilik SRT, 1 pusat sumber, 1 bilik tayangan dan sebuah bilik sembahyang.

Jumlah pelajar pertama sekolah ini ialah seramai 180 orang daripada tiga rancangan FELDA iaitu Palong 1, 2 dan 3. Seramai 8 orang guru terdiri daripada seorang pengetua, 6 orang guru tetap dan seorang guru sementara telah memulakan khidmat di sekolah ini. Pengetua pertama ialah Encik Musa bin Haji Arshad iaitu bekas guru Sekolah Tunku Muhammad, Kuala Pilah. Beliau menjawat jawatan ini sehingga 15 November 1987.

Sekolah ini telah berkembang dan telah mengalami banyak perubahan; daripada sebuah sekolah  bertaraf menengah rendah telah wujud tingkatan 4 dan 5. Blok bangunan telah bertambah kepada 6 blok utama dan dapat memuatkan 27 buah bilik darjah dan bilik-bilik lain seperti bilik seni, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik alat bantu mengajar, bengkel pertanian dan baik pulih, bilik gerakan, bilik pengawas, bilik komputer dan bilik-bilik lain. Bilik komputer telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Mohd Isa b Haji Abd Samad pada 10 Mei 1993.



Misi:
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Visi:
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Moto:
BERDISIPLIN MAJU JAYA

Slogan:
DISIPLIN PERTAMA, AKADEMIK UTAMA, KOKURIKULUM BERSAMA

Falsafah Sekolah:
PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN UNTUK PEMBENTUKAN KOMUNITI SEKOLAH YANG BERSIFAT POSITIF, BERBUDAYA ILMU DAN CINTA AKAN NILAI-NILAI MURNI BERDASARKAN POTENSI YANG ADA. USAHA INI BERHASRAT KE ARAH LAHIRNYA INDIVIDU YANG BERKEMAMPUAN MENANGANI SETIAP CABARAN DEMI MENCAPAI KECEMERLANGAN BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.


Lagu Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 2


Sekolah Menengah Palong Dua
Harum namamu sepanjang masa
Disiplin Maju Jaya, moto sekolah kami
Sekolah yang amat kami cintai

Kejayaan dan kegemilangan
Wawasan jadi pegangan
Kemurnian jiwa, ketahanan diri
Dunia akhirat dilengkapi

Kebersihan, keindahan tugas bersama
Pelajar cemerlang, guru penyayang
Ikatan teguh satu keluarga
Sekolahku jadi kebanggaan

Sekolah Menengah Palong Dua
Harum namamu sepanjang masa
Disiplin Maju Jaya, moto sekolah kami
Sekolah yang amat kami cintai (2x)

Pencipta dan Penulis Lirik :
Encik Nordin bin Sulaiman
Encik Rohaizat bin Mat Jasin

No comments:

Post a Comment