selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Sunday, January 24, 2016

Sesi Pemilihan Peserta Merentas Desa Jempol 2016

Sesi pemilihan ini diadakan sebagai menggantikan Kejohanan Merentas Desa MSSD Jempol kerana masalah kewangan. Sesi ini telah berlangsung pada 20 Januari 2016 di SMK Palong 2 (F). Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian dengan seramai lebih 360 peserta terlibat. Seramai 6 pemenang terbaik setiap kategori telah dipilih sebagai wakil Jempol ke Kejohanan Merentas Desa MSSN Negeri Sembilan 2016 yang akan berlangsung pada 3 Februari ini.


 

 

 

 

 

Saturday, January 16, 2016

Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2016

Kejohanan ini telah berlangsung pada 15 Januari 2016 yang disertai oleh seluruh pelajar SMK Palong 2 (F). Guru-guru dan para staff pula telah bertindak sebagai pegawai kejohanan. larian bermula jam 9 pagi dan peserta-peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua, Encik Amir bin Fuad. Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohana pada tahun ini secara keseluruhannya telah dimenangi oleh RUMAH BIRU. Tahniah buat semua perserta.













Thursday, January 7, 2016

2016: Tahun Baru, Semangat Baru.

Sudah seminggu kita berada di tahun baru 2016. Ini bermakna satu lagi tahun mencabar buat unit kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan untuk tahun 2016 ini. Pada tahun ini SMK Palong 2 telah diamanahkan untuk mengelolakan 3 acara besar iaitu 2 peringkat daerah(Pesta Pantun dan Kejohanan Merentas Desa Jempol)  dan 1 peringkat negeri (Perkhemahan Pengakap) Tahun ini dikatakan agak mencabar kerana perutukan kewangan bagi mengelola acara-acara ini tidak diperuntukkan lagi. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan tetap juga mengadakan acara-acara yang lazimnya diadakan seperti biasa.

Sehingga ke tarikh ini, beberapa aktiviti telah berjalan, iaitu

1. Mesyuarat Kokurikulum 1 (29/12/15)
2. Mesyuarat Agung Rumah Sukan dan 1 Murid 1 Sukan (5/1/16)
3. Mesyuarat Agung Unit Uniform, Kelab dan Persatuan (6/1/16)

Dalam masa yang terdekat ini, beberapa aktiviti akan dijalankan, iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah dan negeri.