selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Friday, June 27, 2014

Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014

Pada 23 - 25 Jun 2014, SMK Palong 2 (F) bersama dengan SK Batu Kikir telah menganjurkan aktiviti Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014 di Jeram Tengkek. Perkhemahan selama 3 hari itu telah disertai oleh seramai 208 ahli pengakap dari sekolah menengah dan sekolah rendah dari daerah Jempol. Perkhemahan ini juga telah dikendalikan oleh seramai 30 orang jurulatih. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Muttakal Haton, PPPD Jempol dan Jelebu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.









Tahniah!! SMK Palong 2 Penerima Bai'ah Pengetua 2013!!

Alhamdulillah, akhirnya debaran telah berakhir apabila SMK Palong 2 (F) telah berjaya menerima Bai'ah 2013 (Tawaran Baru kepada Pengetua). Susulan dengan itu, pada hari ini, Tuan Pengetua, Tuan Haji Murtaza bin Haji Abu Bakar telah menghadiri majlis penyampaian anugreah tawaran baru di Hotel Golden Horses. Peristiwa ini telah melakarkan sejarah tersendiri kepada sekolah khususnya dan kepada sekolah-sekolah menengah gugusan palong memandangkan ini adalah sekolah yang pertama menerima anugerah tersebut. Tahniah!!




Tn Haji Murtaza (5 dari kanan) di majlis berkenaan.