selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Monday, May 26, 2014

Hari Keluarga

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lepas, warga SMK Palong 2 (F) telah mengadakan Hari Kelauraga di A Farmousa Resort di Melaka. Acara bermula pada jam 10.30 pagi dengan acara Sukaneka dan diikuti dengan acara penyampaian hadiah. Seterusnya semua warga membuat aktiviti bebas dengan menyertai pelbagai acara air dalam resort tersebt. Semoga program seperti ini dapat diadakan ladi pada masa akan dating bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga SMK Palong 2 (F).

Wednesday, May 21, 2014

Minggu Koperasi

Minggu ini berlangsungnya Minggu Koperasi Peringkat Sekolah dimana hari ini, 21 Mei 2014 telah berlangsung Hari Koperasi. Pelbagai gerai jualan telah dibuka dan dikendalikan oleh pelajar. Tahniah diucapkan.

Gemilang Gasing

Pada 15 mei yang lalu (khamis),  smk palong 2 telah dikunjungi oleh krew rakaman. Dari rtm yang bertujuan untuk merakamkan  aktiviti permainan gasing di smk palong 2. Dalam rakaman tersebut, pihak rtm telah menemubual pengetua, jurulatih dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam permainan gasing. Gasing merupakan bitara kokurikulum smk palong 2 yang akan diberikan perhatian khusus pada amasa hadapan memandanagkan gasing telah mwmbawa nama smk palong 2 sehingga ke peringkat antarabangsa dimana pada tahun lepas 2013, pemain gasing smk palong 2 telah menyertai demostrasi gasing di Brunei Darussalam.
Pada hari yang sama juga, seramai 6 orang pegawai dari PPD Jempol dan Jelebu telah berkunjung ke SMK Palong 2 dalam program Pemantauan Gemilang yang tujuan khususnya ialah untuk melihat persiapan pihak sekolah menjelang tibanya hari verifikasi jemaah nazir untuk bai'ah.


Verifikasi Bai'ah

Semalam, 20 Mei 2014, smk palong 2 telah dikunjungi oleh sera ai 5 orang jemaah nazir untuk menjalankan virifikasi baiah. Diharapkan smk pasoh 2 akan berjaya mendapat anugerah baiah ini, insyaallah.


 





Saturday, May 10, 2014

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Ucapan tahniah ditujukan kepada peserta-peserta kawad Kaki GO dan NGO iaitu pasukan Pengakap Putera dan Pasukan KRS Puteri kerana telah mendapat tempat naib johan dalam kategori masing-masing. Pertandingan Kawad kaki ini telah berlangsung di SMK Palong 7 pada 30 April 2014 yang lalu.

Tahniah juga diucapkan kepada 2 orang pelajar yang telah mendapat gelaran Johan dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja di SMK Datok Mansor yang telah diadakan pada 29 April yang lalu.

Kejohanan Bola Baling MSSD Jempol 2014

Pada 29 dan 30 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Baling MSSD Jempol di Padang SMK Palong 2. Sebahagian besar sekolah-sekolah menengah di daerah Jempol telah menghantar penyertaan yang terdiri daripada satu pasukan Lelaki Bawah 18 tahun dan Perempuan bawah 18 tahun. Tahniah SMK Lui Barat yang telah mendapat gelaran Johan bagi katergori Lelaki Bawah 18 tahun dan SMK Batu Kikir bagi kategori Perempuan Bawah 18 tahun. Kejohanan ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh PPPD Jempol dan Jelebu, iaitu Encik Anas. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan iini.