selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Monday, June 24, 2013

Hari Koperasi Sekolah 2013

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran Hari Koperasi SMK Palong 2 yang telah dirasmikan oleh Puan Latipah bt Mansor. Pelbagai acara telah dirancang sempena Hari Koperasi Sekolah ini.


Puan Latipah menanam pokok mata kucing sebagai gimik perasmian.

Mesyuarat Koperasi Gabungan

Pada 19 Jun yang lalu GPK Kokurikulum telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan di SMK Dato' Shahardin, Labu.


Ceramah Daripada Pengawai IAB

Pada 18 Jun yang lalu juga, guru-guru SMK Palong 2 telah diberikan ceramah motivasi bagi meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Cermah ini telah disampaikan oleh En Zakaria.


Pemantauan Mesra Gemilang PPDJJ

Pada 18 Jun yang lalu SMK Palong Dua telah dikunjumgi oleh 4 orang pegawai dari PPD Jempol dan Jelebu untuk melaksanakan Pemantauan Mesra Gemilang yang diketuai oleh Encik Anastas. Terima kasih di atas kunjungan dan tunjuk ajar yang tuan-tuan berikan.

Rumusan pada akhir pemantauan.

Monday, June 17, 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Minggu Teknik dan Vokasional yang berlangsung selama seminggu mulai 17 Jun hingga 21 Jun telah dilancarkan pada hari ini dengan perasmian telah disempurnakan oleh Puan Latifah, GPK pentadbiran dengan gimik 3 jurutera muda cuba menghidupkan enjin lama.

pn latipah menandatangani replika cek ..

Ceramah Remaja dan Jenayah

Pada 14 Jun 2013 yang lalu satu ceramah bertajuk Remaja dan Jenayah telah diadakan.Ceramah disampaikan oleh OCP Roslan dari IPD Gemas bagi memberi kesedaran kepada pelajar risiko terlibat dengan jenayah.
pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Wednesday, June 12, 2013

Latihan Rumah Sukan 2013

11 Jun 2013 (Selasa)
Rumah Kuning & Rumah Merah : Lempar Cekera dan Lontar Peluru
Rumah Biru & Rumah Hijau: Lompat Jauh dan Rejam Lembing

12 Jun 2013 (Rabu)
Rumah Kuning & Rumah Merah : Lompat Jauh dan Rejam Lembing
Rumah Biru & Rumah Hijau: Lempar Cekera dan Lontar Peluru


merejam lembing