selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Saturday, July 25, 2015

Program Ihya Ramadhan 2015

program ini telah berjalan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. dalam program ini terdapat pebagai aktiviti yang dijalankan; antaranya

I. Tadarus al-Quran: aktiviti ini dijalankan pada setiap pagi selasa, rabu dan khamis dari jam 7.30 pagi sehingga jam 8.10 pagi. Setiap tingkatan dibahagikan surah2 tertentu dengan dipimpin oleh beberapa orang guru. Manalaka guru-guru pula dibahagikan beberapa surah untuk dihabiskan sepanjang bulan ramadhan.

ii. Ceramah agama: Ceramah telah disampaikan oleh seorang penceramah bebas.

iii. infak ramadhan: kutipan sumbangan dijalankan sepanjang ramadhan di mana hasil sumbangan diagihkan kepada murid-murid yatim.

iv. Majlis khatam al-Quran: Guru dan pelajar menyertai majlis ini pada hari Selasa (14 Julai 2014)

Monday, July 6, 2015

Hari Keluarga SMK Palong 2 2015

Sambutan Hari keluarga SMK Palon 2 (F) telah diadakan di Puteri Beach Resort, Port Dickson pada 23 dan 24 Mei yang lalu. Program ini dihadiri oleh sebahagian besar warga sekolah. Antara acara yang diadakan ialah majllis makan malam, cabutan hadiah bertuah, pertandingan fesyen anak-anak, sukaneka, ceramah anti stress dan bermacam-macam lagi. Program ini yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, iaitu En Amir Fuad bin Mohd Dom, berjaya merapatkan hubungan antara warga sekolah.