selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Thursday, October 9, 2014

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Amali Sembelihan dan Jamuan Perdana.

Pada hari ini, Khamis 9 Oktober telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Amali Sembelihan dan Jamuan Perdana. Majlis ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Guru, pihak PIBG dan para pelajar telah bergotong royong menyiang daging dan memasak.

Festival Bimbingan Seni Budaya Negeri sembilan 2014

Telah berlangsung Festival Bimbingan Seni Budaya Negeri Sembilan 2014 pada 27 September 2014 yang lalu di OditoriUM Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, pada kali ini SMK Palong 2 telah diwakili oleh 2 orang pelajar untuk membuat persembahan gasing pada festival tersebut. Pelajar tersebut telah diiringi oleh jurulatih gasing iaitu Encik Anuar.