selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Saturday, November 22, 2014

Perkhemahan Tahunan Unit Uniform SMK Palong 2

Program perkhemahan tahunan unit beruniform smk palong 2 telah. Erjakaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 dan 14 November yang lalu. Perkhemahan ini diadakan di kawasan padang sekolah dengan melibatkan hampir semua pelajar kecuali pelajar tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan spm. Program selama 2 hari ini melibatkan beberapa acara seperti pertandingan memasak, membina gadjet dan kekemasan khemah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada guru atau pelajar yang telah menjayakan program ini.

Karnival 1 Murid 1 Sukan

SMK Palong 2 telah berjaya mengadakan program Karnival 1 Murid 1 Sukan pada 11 dan 12 November yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan yang telah melibatkan hampir semua pelajar. Program ini bertujuan menggalakkan pelajar  terlibat dalam aktiviti sukan, program ini juga brtujuan memupuk kemesraan dan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola baling, bola jaring dan sepaktakraw. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sunday, November 9, 2014

Majlis Minum Petang (Hi-tea)

Pada 7 November yang lepas, bertempat di Melang Inn Kuala Pilah, Warga SMK Palong 2 (F) telah mengadakan majlis minum petang (hi-tea). Majlis ini turut dihadiri oleh matan Pengetua iaitu Tuan Haji Murtaza bin Haji Abu Bakar bersama iateri dan anaknya. Majlis ini diisi dengan ucapan Pengerusi Kelab Staff iaitu Cikgu Ahmad Hapian dan Tuan Pengetua Encik Amir Fuad bin Mohd Dom. Acara penyampaian cenderamata kepada AJK Kelab Staff sesi 2014 turut diadakan. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berjalan dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Para guru dan staff juga telah mengambil kesempatan melakukan ziarah ke atas seorang calon SPM yang telah mengalami kemalangan pada hari Khamis sebelumya yang di rawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang terletak berhampiran.

Saturday, November 1, 2014

Majlis Titisan Restu Calon SPM 2014

Pada 29 Ogos yang lalu, suatu majlis rrestu ilmu telah diadakan di balai ibnu sina, smk palong 2 sebagai merestui calon2 spm 2014 yg balal menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa peajar, guru-guru tingkatan 5 dan para pelajar.  Guru-guru telah memberilan tips-tips dan pesanan terakhir kepada pelajar yanv bakal menghadapi pwpwriksaan. SELURUH WARGA smk palong 2 mendoakan agar anda semua dapar menghadapi pepeeiksaan dengan tenang sehingga selwsai. Semoga kejayaan milik kita.

Mesyuarat Agung Koperasi

Pada 24  Oktober yang lepas, Koperasi Smk Palong 2 Berhad telah berjaya menjalankan mesyuarat agung koperasi kali ke 17. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli2 koperasi yang terdiri daripada pelajar dan guru. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh GPK Kokurikulum yang membincangkan tentang laporan kewangan, perancangan koperasi, perlantika. Ahli baru dan lai-lain lagi.

Majlis Perpisahan Pengetua

Tuan Haji Murtaza, penhetua smk palong 2 akan memulakan tugas di tempat baru iaitu di smk datok Taha, gemenchih bermula 27 oktober lepas. Bersempena dengan itu satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan. Kami warga smk palong 2 mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada beliau atas khidmat bakti dan sumbangan beliau selama bertuga s di sini. Sepanjang beliau bertugas di sini, pelbagai kejayaan telah di capai, iaitu lonjakan PmR 2013, lonjakan PPT 2014, lonjakan PEp Per SPM 2014 dan kejayaan paling manis ialah pihak sekolah telah menerima bai'ah (tawaran baru pengetua) untuk tahun 2013. Tempat beliau sebagai pengetua di smk palong 2 akan diisi oleh En Amir Fuad bin Mohd Dom dari Smk kampung Sirusa, Port Dickson.

Thursday, October 9, 2014

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Amali Sembelihan dan Jamuan Perdana.

Pada hari ini, Khamis 9 Oktober telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Amali Sembelihan dan Jamuan Perdana. Majlis ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Guru, pihak PIBG dan para pelajar telah bergotong royong menyiang daging dan memasak.

Festival Bimbingan Seni Budaya Negeri sembilan 2014

Telah berlangsung Festival Bimbingan Seni Budaya Negeri Sembilan 2014 pada 27 September 2014 yang lalu di OditoriUM Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, pada kali ini SMK Palong 2 telah diwakili oleh 2 orang pelajar untuk membuat persembahan gasing pada festival tersebut. Pelajar tersebut telah diiringi oleh jurulatih gasing iaitu Encik Anuar.



Wednesday, September 17, 2014

Kejohanan Sukan dan Olahraga Kali Ke-29

Setelah tertangguh untuk beberapa lama, akhirnya Kejohanan Sukan dan Olahraga sekolah dapat juga dijalankan pada minggu terakhir sebelum cuti pertengahan penggal kedua. Acara berlangsung selama 3 hari, di mana pada hari Selasa dan Rabu (9 & 10 September 2014) telah berlansung Acara Akhir Sebelum Sukan, manakala pada 12 September 2014 (Jumaat) telah berlangsung Hari Kejohanan Sukan dan Olahraga. Kejohanan ini telah disempurnakan upacara penutupan oleh Penolong Pengawai PPD Jempol dan Jelebu iaitu Encik Suhaimi bin Md Isa.

Kejohanan berlangsung diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah.













Wednesday, August 20, 2014

Kuiz Sejarah Peringkat Negeri 2014

Kuiz Sejarah Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di SMK Juasseh pada 20 Ogos 2014. SMK Pasoh 2 (F) telah menghantar seramai 4 orang pelajar untuk menyertai kuiz tersebut.



Sukantara 2014

Sukantara diadakan agak lewat memandangkan pihak sekolah terpaksa memberi laluan kepada aktiviti lain terlebih dahulu. sukantara berlangsung pada 19 dan 21 Ogos 2014. Empat acara sahaja dilangsungkan iaitu merejam lembing, lontar peluru, lempar cakera dan lompat jauh.
 
 








Friday, July 25, 2014

Majlis Khatam al-Quran

 
Tarikh: 23 Julai 2014
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Ibnu Khaldun
 
 




Friday, June 27, 2014

Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014

Pada 23 - 25 Jun 2014, SMK Palong 2 (F) bersama dengan SK Batu Kikir telah menganjurkan aktiviti Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014 di Jeram Tengkek. Perkhemahan selama 3 hari itu telah disertai oleh seramai 208 ahli pengakap dari sekolah menengah dan sekolah rendah dari daerah Jempol. Perkhemahan ini juga telah dikendalikan oleh seramai 30 orang jurulatih. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Muttakal Haton, PPPD Jempol dan Jelebu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.









Tahniah!! SMK Palong 2 Penerima Bai'ah Pengetua 2013!!

Alhamdulillah, akhirnya debaran telah berakhir apabila SMK Palong 2 (F) telah berjaya menerima Bai'ah 2013 (Tawaran Baru kepada Pengetua). Susulan dengan itu, pada hari ini, Tuan Pengetua, Tuan Haji Murtaza bin Haji Abu Bakar telah menghadiri majlis penyampaian anugreah tawaran baru di Hotel Golden Horses. Peristiwa ini telah melakarkan sejarah tersendiri kepada sekolah khususnya dan kepada sekolah-sekolah menengah gugusan palong memandangkan ini adalah sekolah yang pertama menerima anugerah tersebut. Tahniah!!




Tn Haji Murtaza (5 dari kanan) di majlis berkenaan.

Monday, May 26, 2014

Hari Keluarga

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lepas, warga SMK Palong 2 (F) telah mengadakan Hari Kelauraga di A Farmousa Resort di Melaka. Acara bermula pada jam 10.30 pagi dengan acara Sukaneka dan diikuti dengan acara penyampaian hadiah. Seterusnya semua warga membuat aktiviti bebas dengan menyertai pelbagai acara air dalam resort tersebt. Semoga program seperti ini dapat diadakan ladi pada masa akan dating bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga SMK Palong 2 (F).

Wednesday, May 21, 2014

Minggu Koperasi

Minggu ini berlangsungnya Minggu Koperasi Peringkat Sekolah dimana hari ini, 21 Mei 2014 telah berlangsung Hari Koperasi. Pelbagai gerai jualan telah dibuka dan dikendalikan oleh pelajar. Tahniah diucapkan.

Gemilang Gasing

Pada 15 mei yang lalu (khamis),  smk palong 2 telah dikunjungi oleh krew rakaman. Dari rtm yang bertujuan untuk merakamkan  aktiviti permainan gasing di smk palong 2. Dalam rakaman tersebut, pihak rtm telah menemubual pengetua, jurulatih dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam permainan gasing. Gasing merupakan bitara kokurikulum smk palong 2 yang akan diberikan perhatian khusus pada amasa hadapan memandanagkan gasing telah mwmbawa nama smk palong 2 sehingga ke peringkat antarabangsa dimana pada tahun lepas 2013, pemain gasing smk palong 2 telah menyertai demostrasi gasing di Brunei Darussalam.
Pada hari yang sama juga, seramai 6 orang pegawai dari PPD Jempol dan Jelebu telah berkunjung ke SMK Palong 2 dalam program Pemantauan Gemilang yang tujuan khususnya ialah untuk melihat persiapan pihak sekolah menjelang tibanya hari verifikasi jemaah nazir untuk bai'ah.


Verifikasi Bai'ah

Semalam, 20 Mei 2014, smk palong 2 telah dikunjungi oleh sera ai 5 orang jemaah nazir untuk menjalankan virifikasi baiah. Diharapkan smk pasoh 2 akan berjaya mendapat anugerah baiah ini, insyaallah.


 





Saturday, May 10, 2014

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Ucapan tahniah ditujukan kepada peserta-peserta kawad Kaki GO dan NGO iaitu pasukan Pengakap Putera dan Pasukan KRS Puteri kerana telah mendapat tempat naib johan dalam kategori masing-masing. Pertandingan Kawad kaki ini telah berlangsung di SMK Palong 7 pada 30 April 2014 yang lalu.

Tahniah juga diucapkan kepada 2 orang pelajar yang telah mendapat gelaran Johan dalam Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja di SMK Datok Mansor yang telah diadakan pada 29 April yang lalu.

Kejohanan Bola Baling MSSD Jempol 2014

Pada 29 dan 30 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Baling MSSD Jempol di Padang SMK Palong 2. Sebahagian besar sekolah-sekolah menengah di daerah Jempol telah menghantar penyertaan yang terdiri daripada satu pasukan Lelaki Bawah 18 tahun dan Perempuan bawah 18 tahun. Tahniah SMK Lui Barat yang telah mendapat gelaran Johan bagi katergori Lelaki Bawah 18 tahun dan SMK Batu Kikir bagi kategori Perempuan Bawah 18 tahun. Kejohanan ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh PPPD Jempol dan Jelebu, iaitu Encik Anas. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan iini.

Friday, April 25, 2014

Karnival Bahasa Inggeris Jempol 2014

Karnival ini telah berlngsung pada 22 April 2014 dan telah xisemlurnakan majlis penutupanya oleh Pegawai Pendiikan Daerah Jemlol dan Jelebu. 3 aktiviti pertandingn telah dijalankan iaitu public speaking, debate N choral speaking. TahnAh kepada pemenaNg.

Saturday, April 12, 2014

Tahniah Juliana!!

Tahniah Juliana. Satu lagi kejayaan dilakar oleh adik Juliana a/p Lordosamy kerana berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara 4X400m dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri ang berlangzung di SSN Za'ba, Kuala Pilah. Sebelum ini pun bdliau  telah mengharumkan  nama sekolah apabila mendapat pingat gangsa dalam acara yang sama dalam kejohanan Olahraga peringkat daerah yang berlangsung di SMK Datuk Mansur, Bahau, duma minggu sebelumnya. Adik Julina juga telah mewakili derah Jempol dalam Kejohanan Merentas desa Peringkat Negeri yang berlangsubg di SMK Bandar Baharu Serting bulan Januari lalu. Tahniah dn selamat maju jaya!!!


Pemeriksaan Penuh Sekolah oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Pada 7 hingga 11 April 2014 yang lalu seramai kira-kira 10 orang jemaah Nazir  tela berkunjung ke Smk palong 2 bagi menjalankan pemeriksaan penuh di seklah ini. Kehadiran mereka walaupun 'digeruni' oleh warga sekolah namun tetap disambut dan dialu-alukan. Kunjungan mereka amat perlu dan penting bagi menentukan sekoah tidak terkeluar dari landasan yang ditetpkan dan bagi mendapatkan input-input terkini dunia pendidikan.

Bengkel Ikatan dan Simpulan

Bengkel Memanah Untuk Guru Pembimbing Sekolah-sekolah Daerah Jempol

Kejohanan Merentas Desa 2014

Wednesday, February 5, 2014

Aktiviti Kokurikulum Bulan Januari 2014

1. Mesyuarat agung rumah sukan dan 1murid 1 sukan (7/1/2014)
2. Mesyuarat agung kelab & persatuan dan unit beruniform (81/2014)
3. Latihan merentas desa I (21/1/2014)
4. Latihan merentas desa II (23/1/2014)
5. Kejohanan Merentas Desa (27/1/2014)