selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Thursday, July 14, 2016

Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Perpisahan Pengetua.

Majlis ini telah diadakan pada 13 Julai 2016. Selain majlis sambutan hari raya, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan pengetua en Amir Fuad bin Mohd Dom yang akan bertugas di sekolah baru mulai minggu depan. Selaian ucapan perpisahan dari wakil muris, wakil guru, wakil PIBG dan pengetua sendiri, jamuan hari raya juga diadakan dimana kuih muih dan biskut raya turut dihidangkan selain lemang dan rendang yang dimasak sendiri oleh kakitangan sekolah dan masyarakat sekitar. Warga sekolah juga dihidangkan dengan nasi tomato.

Majlis Khtam Al-Quran

Majlis Khatam al Quran telah diadakan pada 30 Jun 2016 yang lalu. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi dimulakan dengan khatam alQuran pelajar2 yang kemudiannya diikuti dengan guru-guru

Monday, May 23, 2016

Pemantauan Bersepadu JPNS, PPDJJ dan PKG Rompin

Pemantauan ini telah berlangsung pada 14 April 2016 yang lalu.

Taklimat Projek Pengakap Raja

taklimat ini diadakan pada 13 April yang lalu bertujuan memberikan penerangan yang jelas kepada ibu bapa pelajar, komuniti setempat untuk mendapatkan sokongan bagi menjayakan projek ini.

Pesta Pantun Daerah Jempol 2016

Program ini telah berlangsung pada 5 Mei 2016 yang lalu di mana SMK Bandar Baru Serting telah menjadi Johan dan SMK Seri Jempol di tempat yang kedua.

Mesyuarat GPK Kokurikulum Sekolah menengah Negeri Sembilan

Mesuarat ini telah diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak (SEDAR) pada 31 Mac yang lalu.

Mesyuarat Agung PIBG 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016 telah diadakan 24 Mac 2016 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Datuk Lilah bin yassin Ahli Parlimen Jempol.

Saturday, April 2, 2016

Kejohanan Olahraga MSSD Jempol 2016

Tarikh: 8 -10 Mac 2016
Tempat: Padang SMK Datuk Mansor, Bahau.

Saturday, February 20, 2016

Kejohanan Merentas Desa MSSN Negeri Sembilan

Kejohanan ini telah berlansung pada 3 Februari 2016 di Primaland Resort Konvensyen Centre, Port Dicson. Kejohanan ini dikelolakan oleh SMK Pasir Panjang, Port Dickson. MSSD Jempol telah menyerta kejohanan ini dengan mengjhantar 35 orang peserta. Pasukan MSSD Jempol telah menjuarai kategori Perempuan Bawah 12 tahun dan Naib juara kategori lelaki bawah 12 tahun.

Sunday, January 24, 2016

Sesi Pemilihan Peserta Merentas Desa Jempol 2016

Sesi pemilihan ini diadakan sebagai menggantikan Kejohanan Merentas Desa MSSD Jempol kerana masalah kewangan. Sesi ini telah berlangsung pada 20 Januari 2016 di SMK Palong 2 (F). Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian dengan seramai lebih 360 peserta terlibat. Seramai 6 pemenang terbaik setiap kategori telah dipilih sebagai wakil Jempol ke Kejohanan Merentas Desa MSSN Negeri Sembilan 2016 yang akan berlangsung pada 3 Februari ini.


 

 

 

 

 

Saturday, January 16, 2016

Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2016

Kejohanan ini telah berlangsung pada 15 Januari 2016 yang disertai oleh seluruh pelajar SMK Palong 2 (F). Guru-guru dan para staff pula telah bertindak sebagai pegawai kejohanan. larian bermula jam 9 pagi dan peserta-peserta telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua, Encik Amir bin Fuad. Acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohana pada tahun ini secara keseluruhannya telah dimenangi oleh RUMAH BIRU. Tahniah buat semua perserta.













Thursday, January 7, 2016

2016: Tahun Baru, Semangat Baru.

Sudah seminggu kita berada di tahun baru 2016. Ini bermakna satu lagi tahun mencabar buat unit kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan untuk tahun 2016 ini. Pada tahun ini SMK Palong 2 telah diamanahkan untuk mengelolakan 3 acara besar iaitu 2 peringkat daerah(Pesta Pantun dan Kejohanan Merentas Desa Jempol)  dan 1 peringkat negeri (Perkhemahan Pengakap) Tahun ini dikatakan agak mencabar kerana perutukan kewangan bagi mengelola acara-acara ini tidak diperuntukkan lagi. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan tetap juga mengadakan acara-acara yang lazimnya diadakan seperti biasa.

Sehingga ke tarikh ini, beberapa aktiviti telah berjalan, iaitu

1. Mesyuarat Kokurikulum 1 (29/12/15)
2. Mesyuarat Agung Rumah Sukan dan 1 Murid 1 Sukan (5/1/16)
3. Mesyuarat Agung Unit Uniform, Kelab dan Persatuan (6/1/16)

Dalam masa yang terdekat ini, beberapa aktiviti akan dijalankan, iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah dan negeri.