selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Thursday, May 21, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Warga SMK Palong 2 (F) telah menyambut Hari Guru pada 18/5/2015 yang lepas di mana pelbagai acara telah dijalankan yang dimulai dengan perhimpunan pagi, acara sukaneka dan seterusnya acara di dewan. Antara acara yang diadakan ialah bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, nyayian lagu Kami Guru Malaysia. Dalam acara sukaneka, guru-guru perempuan telah mengadakan perlawanan bola jaring dengan pelajar perempuan, manakala guru lelaki mengadakan perlawanan futsal dengan pelajar lelaki. Acara kemuncak telah diadakan di dewan Ibnu Khaldun dengan persembahan pelajar dan guru, penyampaian dan bertukar-tukar hadiah. Sambutan pada kali ini diharapkan akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.

Thursday, May 7, 2015

Program 3 Dalam 1

Pada 6 Mei yang lalu, telah berlangsung program 3 dalam 1, iaitu Karnival Kerjaya Beruniform kelolaan Unit Bimbingan Kaunseling, Hari Koperasi Sekolah kelolaan Koperasi SMK Palong 2 dan Minggu Tknik ddan Vokasional kelolaan Bidang Teknik dan Vokasional.

Pada hari tersebut telah diadakan aktiviti jualan dalam kalangan pelajar dan guru, pameran daripada pasukan beruniform seperti ATM, Polis, JPM dan sebagainya. Program ini diharapkan dpat memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan guru tetapi juga kepada masyarakat sekitar.