selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijrah kepada seluruh warga SMK Palong 2 semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

Friday, July 12, 2013

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga SMK Palong 2 (FELDA), semoga kita mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini. Aktiviti ko-kurikulum pada bulan Ramadhan ini ditangguhkan buat sementara waktu dan akan di sambung kembali selepas cuti pertengahan penggal kedua nanti.

Pada bulan Ramadhan ini, GPK Kokurikulum tiada di sekolah kerana menghadiri kursus NPQEL di Genting Highlands bermula 8 Julai sehingga 1 Ogos 2013.

upacara perasmian program NPQEL 2/2013.


Semoga kita tetap cergas walaupun menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadhan ini.

Friday, July 5, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-28

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 2, 3 dan 4 Julai dengan kemuncaknya berlangsung pada 4 Julai 2013. kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Manickam a/p Letchuman. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK Palong 2 yang telah menjayakan kejohanan ini.

yb manickam memberikan ucapan perasmian kejohanan

peserta bersiap sedia untuk memulakan acara

kerah tenaga dan keringat

upacara perbarisan dan ikrar


guru-guru pun tumpang seronok

YB Manickam menyampaikan hadiah..
tarik tali antara guru dan staff

ok...ok... surrender..

Monday, June 24, 2013

Hari Koperasi Sekolah 2013

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran Hari Koperasi SMK Palong 2 yang telah dirasmikan oleh Puan Latipah bt Mansor. Pelbagai acara telah dirancang sempena Hari Koperasi Sekolah ini.


Puan Latipah menanam pokok mata kucing sebagai gimik perasmian.

Mesyuarat Koperasi Gabungan

Pada 19 Jun yang lalu GPK Kokurikulum telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan di SMK Dato' Shahardin, Labu.


Ceramah Daripada Pengawai IAB

Pada 18 Jun yang lalu juga, guru-guru SMK Palong 2 telah diberikan ceramah motivasi bagi meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Cermah ini telah disampaikan oleh En Zakaria.


Pemantauan Mesra Gemilang PPDJJ

Pada 18 Jun yang lalu SMK Palong Dua telah dikunjumgi oleh 4 orang pegawai dari PPD Jempol dan Jelebu untuk melaksanakan Pemantauan Mesra Gemilang yang diketuai oleh Encik Anastas. Terima kasih di atas kunjungan dan tunjuk ajar yang tuan-tuan berikan.

Rumusan pada akhir pemantauan.

Monday, June 17, 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Minggu Teknik dan Vokasional yang berlangsung selama seminggu mulai 17 Jun hingga 21 Jun telah dilancarkan pada hari ini dengan perasmian telah disempurnakan oleh Puan Latifah, GPK pentadbiran dengan gimik 3 jurutera muda cuba menghidupkan enjin lama.

pn latipah menandatangani replika cek ..

Ceramah Remaja dan Jenayah

Pada 14 Jun 2013 yang lalu satu ceramah bertajuk Remaja dan Jenayah telah diadakan.Ceramah disampaikan oleh OCP Roslan dari IPD Gemas bagi memberi kesedaran kepada pelajar risiko terlibat dengan jenayah.
pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Wednesday, June 12, 2013

Latihan Rumah Sukan 2013

11 Jun 2013 (Selasa)
Rumah Kuning & Rumah Merah : Lempar Cekera dan Lontar Peluru
Rumah Biru & Rumah Hijau: Lompat Jauh dan Rejam Lembing

12 Jun 2013 (Rabu)
Rumah Kuning & Rumah Merah : Lompat Jauh dan Rejam Lembing
Rumah Biru & Rumah Hijau: Lempar Cekera dan Lontar Peluru


merejam lembing

Monday, May 20, 2013

Sambutan Hari Guru 2013

SMK Palong 2 telah menyambut Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei yang lalu dengan mengadakan pelbagai acara yang menarik. Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru ke dewan dengan paluan kompang diikuti ucapan oleh wakil pelajar, guru dan pengetua. Acara diteruskan dengan acara nyayian lagu Guru Malaysia dan memotong kek. Selepas itu berlangsung acara sukaneka dan perlawanan bola jaring antara guru lelaki dengan pelajar lelaki dan perlawanan futsal antara guru perempuan dan pelajar perempuan. Seterusnya berlangsung acara penyampaian hadiah dan persembahan guru sebelum jamuan makan tengah hari untuk guru dan diakhiri dengan acara bertukar-tukar hadiah.

potong kek..

Thursday, May 9, 2013