selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Thursday, August 20, 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

SMK Palong Dua telah mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang ke 57 pada 17 Ogos yang lalu, pelbagai gimik pelancaran telah diadakan, antaranya pemasangan bendera di kereta pengetua, memalu tetuak dan menanam kelapa. Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini akan berakhir pada 14 September nanti.
 
 
Merdeka...


Ucapan Pengetua.
 

Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan pengetua.
 


Persembahan pelajar dan guru.
 


Menanam kelapa oleh pengetua dan pentadbir.



Saturday, August 8, 2015

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Daerah Jempol 2015

Pertandingan ini telah berlangsung pada 4 Ogos 2015 yang lalu. Pertandingan ini telah disertai oleh 15 buah sekolah menengah di daerah Jempol. Pasukan-pasukan ini telah dikategorikan kepada 3 kumpulan. Dalam pertandingan ini, SMK Seri Jempol telah menjadi johan, naib johan dimenangi oleh SBP Integrasi Jempoldan tempat ketiga dimenangi oleh  SMK Bahau . Hadiah kemenangan dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Muttakar Hatun, Pen PPD Jempol dan Jelebu yang turut merasmikan majlis penutup pertandingan ini.


Forum Remaja Sekolah Menengah PPD Jempol
 

Pasukan sekolah
 
 
Ahli panel sedang rancank berforum.

 
Ucapan Perasmian penutup oleh Pen PPD Jempol dan Jelebu, En Muttakal bin Haton.



Ucapan Pengetua En Amir Fuad bin Mohd Dom.


Penyampaian hadiah oleh Pen PPD Jempol, En Muttakal bin Haton.
 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri (RIMUP) 2015

Pada 29 Julai 2015 yang lalu, SMK Palong 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015. Majlis ini bermula pada jam 3.00 sehingga 4.30 petang. Walau bagaimana pun, sebenarnya ia telah bermula lebih awal, di mana aktiviti memasak lemang telah bermula jam 9.00 malam pada hari sebelumnya yang dikendalikan oleh guru-guru, kakitangan sekolah dan penduduk-penduduk stempat yang turut dating membantu. Aktiviti memasak lemang ini telahberakhir pada jam 6.00 pagi hari berikutnya.

Majlis bermula dengan bacaan doa olah Ustaz Nik Aziz, diikuti ucapan ketua pelajar Nur Nadiatul dan diikuti ucapan Tuan Pengetua En Amir Fuad kemudian dikuti oleh persembahan nashid oleh kumpulan nasyid yang dijemput khas. Selepas itu diikuti pula dengan jamuan makan, di mana selain lemang, rending dan nasi himpit yang disediakan oleh pihak PIBG, juadah juga turut disumbangkan oleh para guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang berupa pelbagai bentuk biskut, kek dan kerepak. Walaupun majlis ini diadakah secara sederhana, tetapi ia cukup meriah dan Berjaya mencapai objektif yang dihasratkan. Pada majlis ini semua pelajar memakai pakaian hari raya masing-masing termasuk pelajar India.