selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Sunday, January 25, 2015

Majlis Perpisahan Cikgu Anis

Cikgu Anis yang mula bertugas di sekolah ini pada 10 Januari 2014 Berjaya dalam permohonannya untuk bertukar ke sekolah yang lebih dekat jaraknya dengan tempat tinggal beliau. Cikgu Anis telah ditugaskan di sekolah baru, iaitu smk undang rembau, sebelum ini terpaksa berulang alik ke smk palong 2 dari rumah beliau di Melaka. semoga cg anis cemerlang di tempat baru.

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Merentas Desa MSSD Jempol 2015

Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan awal kejohanan yang akan berlangsung pada 28 Januari 2015. Mesyuarat ini dihadiri oleh pengurus-pengurus pasukan merentas desa dari sekolah rendah dan sekolah menengah daerah jempol. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh pengetua smk palong 2 (f), En Amir Fuad bin Mohd Dom turut dihadiri oleh pegawai-pegawai ppd jempol jelebu iaitu En Mutakkal Hatin dan En Alizman.

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan

Majlis ini yang berlangsung pada 16 Januari ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Manickam a/l Letchuman ADUN Jeram Padang yang menyampaikan bantuan awal ini kepada sebilangan pelajar.




Perarakan Maulidur Rasul

smk palong 2 (f) telah dijemput oleh pihak masjid felda palong 2 untuk menyertai perarakan maulidu rasul. smk palong 2 telah berarak mengelilingi felda palong 2 bersama-sama 12 kumpulan lain selama lebih kurang 30 minit. yang menariknya smk palong 2 telah menghantar penyertaan paling ramai, di mana hamper keseluruhan pelajar menyertainya di samping guru-guru yang turut sama memeriahkan perarakan ini.


Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2015

Pada tahun ini, smk palong 2 (f), menerima kira-kira 40 orang pelajar tingkatan satu dari dua buah sekolah feeder iaitu sk palong 2 dan sk palong 3. gpk kokurikulum, gpk hem, gpk pentadbiran dan pengetua telah memberikan ucapan alu-aluan sebelum majlis pendaftaran berlangsung.

GPK Pentadbiran, Puan Latipah sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa
dan murid-murid tingkatan 1.