selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Tuesday, October 27, 2015

Program PLC Bahasa Melayu Daerah Jempol dan Jelebu

Pada hari ini juga telah berlangsung Program PLC Bahasa Melayu bagi guru-guru Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Jempol dan Jelebu.

Program Kunjung Mesra PPD Jempol & Jelebu

Pada hari ini seramai 3 orang pegawai PPD Jempol dan Jelebu telah datang ke SMK Palong 2 bagi menyampaikan amanat akhir kepada calon-calon SPM 2015. Di samping itu juga pegawai SISC+ iaitu En MasriKarjah juga telah datang memberikan bimbingan ringkas kepada calon-calon SPM 2015.




Tuesday, October 13, 2015

Hari Sukan Negara SMK Palong 2.

Sempena Hari Sukan Negara yang jatuhnya pada 10/10/2015 ini, SMK Palong 2 juga tidak ketinggalan menrayakannya dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti senamrobik, pertandingan futsal dan bola jarring antara rumah sukan. Pasukan yang menang telah mendapat hadiah dan pasukan yang kalah juga turut mendapat hadiah saguhati.







Monday, October 5, 2015

Latihan Kawad Kebakaran

Pada awal 25 Ogos 2015 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan kawad kebakaran. Pihak sekolah telah menjemput pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gemas bagi menunjukkan demostrasi memadam kebakaran



















Majlis Bacaan Yassin Untuk Calon PT3 dan SPM, Program Motivasi PT3 dan SPM dan Program Amali Sembelihan 2015

Pada 30 September 2015 yang lalu, pihak sekolah di bawah kelolaan Unit HEM telah mengadakan Program 3 dalam 1 iaitu, Majlis Bacaan Yassin PT3 dan SPM, Ceramah Motivasi PT3 dan SPM dan Program Sembelihan. Dalam program ini seekor lembu sumbangan dari salah seorang warga Felda Palong 3 telah disembelih bagi menjamu warga SMK Palong 2. Acara melapah dan masak memasak telah dijalankan secara gotong royong antara ibu bapa, pekerja dan guru-guru. Amali sembelihan juga turut dijalankan di mana pelajar2 tingkatan 4 melakukan sembelihan ayam. Dalam pada itu Ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah luar juga turut berjalan. Selepas selesai solat zohor secara berjemaah, ibubapa, guru dan pelajar bersama-sama membaca yassin bersempena pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM tidak lama lagi. Unit Kokurikulum ingin mengambil kesemapatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. SIRE EURO SPADU!!!