selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Monday, September 7, 2015

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa 2015

Hari ini telah dilancarkan Minggu Bahasa SMK Palong 2 yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Amir Fuad bin Mohd Dom. Apa yang menarik dalam majlis ini ialah seramai 4 juruacara telah mengacarakan majlis ini yang masing-masing menggunakan bahasa Arab, Bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Tuan Pengetua juga semasa merasmikan Minggu Bahasa ini juga telah menggunakan keempat-empat bahasa tersebut. Sebuah sketsa juga telah dipersembahkan oleh pelajar dari tingkatan 1 Iltizam mengenai penggunaan pelbagai bahasa di Negara kita. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh keempat-empat panitia berkenaan sepanjang minggu ini yang menunggu penyertaan pelajar.