selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Wednesday, April 22, 2015

Kejohanan Sukan dan Olahraga Kali ke-30.

Pada 17 April yang lalu, SMK Palong 2 (F) telah menganjurkan Kejohanan Sukan dan Olahraga bertempat di Padang SMK Palong (2). Sebelum itu acara akhir sebelum sukan telahpun dijalankan terlebih dahulu pada hari Selasa (14 April) dan Rabu (15 April).  Pelbagai acara padang dan balapan telah diadakan, antaranya ialah lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera, lompat jauh, 400m 4x400m, 4x100m, 200m, 100m dan lain-lain lagi. Kejohanan ini telah sempurnakan majlis penutupannya oleh YDP PIBG SMK Palong 2 (F), En Yazid bin Harun.

Sukantara 2015

Sukantara 2015 SMK Palong 2 (F) telah berlangsung pada 7 dan 8 April yang lalu. Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lempar cakera, rejam lembing dan lontar peluru. Semua pelajar dari rumah Merah, Biru, Kuning dan Hijau telah mengambil bahagian.

Berikut adalah keputusan keseluruhan sukantara ini:

Merah (508 markah), Kuning (417 markah), Biru (393 markah) dan Hijau (254 markah).

Saturday, April 4, 2015

Pemantauan Mesra Gemilang

Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya pada hari Khamis lepas (2 April 2015), pihak PPD Jempol dan Jelebu akhirnya dapat juga melaksanakan Pemantauan Mesra Gemilang ke atas SMK Palong 2 (F). Pada kali ini, seramai 8 orang pegawai telah datang membuat pemantauan di ketuai oleh Tuan Haji Razak. Secara keseluruhannya, pihak PPD JJ berpuasa hati dengan urus tadbir yang dilakukan oleh pihak sekolah. Bagi pihak sekolah, kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kunjungan dan bimbingan dari pihak PPD JJ.

Thursday, April 2, 2015

Pertandingan Pesta Pantun Jempol 2015

Semalam telah berlangsung Pertandingan Pesta Pantun Daerah Jempol di mana SMK Palong 2 telah diberi kepercayaan untuk men jadi pengelola pada tahun ini. Pertandingan pada kali ini telah disertai oleh sebanyak 10 buah sekolah dalam daerah Jempol. Pertandingan pada kali ini telah diungguli oleh peserta dari SMK Bandar Baru Serting, Tempat kedua dirangkul oleh peserta dari SMK Seri Jempol, tempat ketiga bersama diperoleh oleh SMK Lui Barat dan SMA Haji Muhammad. SMK Palong 2 walaupun kecundang pada peringkat awal, tetapi penyertaan pada kali ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada peserta. Tahniah kepada Pemenang. Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil Tuan PPD, PPD Jempol dan Jelebu, iaitu En Safari bin Johar.