selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Saturday, November 22, 2014

Perkhemahan Tahunan Unit Uniform SMK Palong 2

Program perkhemahan tahunan unit beruniform smk palong 2 telah. Erjakaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 dan 14 November yang lalu. Perkhemahan ini diadakan di kawasan padang sekolah dengan melibatkan hampir semua pelajar kecuali pelajar tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan spm. Program selama 2 hari ini melibatkan beberapa acara seperti pertandingan memasak, membina gadjet dan kekemasan khemah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada guru atau pelajar yang telah menjayakan program ini.

Karnival 1 Murid 1 Sukan

SMK Palong 2 telah berjaya mengadakan program Karnival 1 Murid 1 Sukan pada 11 dan 12 November yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan yang telah melibatkan hampir semua pelajar. Program ini bertujuan menggalakkan pelajar  terlibat dalam aktiviti sukan, program ini juga brtujuan memupuk kemesraan dan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola baling, bola jaring dan sepaktakraw. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sunday, November 9, 2014

Majlis Minum Petang (Hi-tea)

Pada 7 November yang lepas, bertempat di Melang Inn Kuala Pilah, Warga SMK Palong 2 (F) telah mengadakan majlis minum petang (hi-tea). Majlis ini turut dihadiri oleh matan Pengetua iaitu Tuan Haji Murtaza bin Haji Abu Bakar bersama iateri dan anaknya. Majlis ini diisi dengan ucapan Pengerusi Kelab Staff iaitu Cikgu Ahmad Hapian dan Tuan Pengetua Encik Amir Fuad bin Mohd Dom. Acara penyampaian cenderamata kepada AJK Kelab Staff sesi 2014 turut diadakan. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berjalan dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Para guru dan staff juga telah mengambil kesempatan melakukan ziarah ke atas seorang calon SPM yang telah mengalami kemalangan pada hari Khamis sebelumya yang di rawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang terletak berhampiran.

Saturday, November 1, 2014

Majlis Titisan Restu Calon SPM 2014

Pada 29 Ogos yang lalu, suatu majlis rrestu ilmu telah diadakan di balai ibnu sina, smk palong 2 sebagai merestui calon2 spm 2014 yg balal menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa peajar, guru-guru tingkatan 5 dan para pelajar.  Guru-guru telah memberilan tips-tips dan pesanan terakhir kepada pelajar yanv bakal menghadapi pwpwriksaan. SELURUH WARGA smk palong 2 mendoakan agar anda semua dapar menghadapi pepeeiksaan dengan tenang sehingga selwsai. Semoga kejayaan milik kita.

Mesyuarat Agung Koperasi

Pada 24  Oktober yang lepas, Koperasi Smk Palong 2 Berhad telah berjaya menjalankan mesyuarat agung koperasi kali ke 17. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli2 koperasi yang terdiri daripada pelajar dan guru. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh GPK Kokurikulum yang membincangkan tentang laporan kewangan, perancangan koperasi, perlantika. Ahli baru dan lai-lain lagi.

Majlis Perpisahan Pengetua

Tuan Haji Murtaza, penhetua smk palong 2 akan memulakan tugas di tempat baru iaitu di smk datok Taha, gemenchih bermula 27 oktober lepas. Bersempena dengan itu satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan. Kami warga smk palong 2 mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada beliau atas khidmat bakti dan sumbangan beliau selama bertuga s di sini. Sepanjang beliau bertugas di sini, pelbagai kejayaan telah di capai, iaitu lonjakan PmR 2013, lonjakan PPT 2014, lonjakan PEp Per SPM 2014 dan kejayaan paling manis ialah pihak sekolah telah menerima bai'ah (tawaran baru pengetua) untuk tahun 2013. Tempat beliau sebagai pengetua di smk palong 2 akan diisi oleh En Amir Fuad bin Mohd Dom dari Smk kampung Sirusa, Port Dickson.