selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Thursday, January 7, 2016

2016: Tahun Baru, Semangat Baru.

Sudah seminggu kita berada di tahun baru 2016. Ini bermakna satu lagi tahun mencabar buat unit kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan untuk tahun 2016 ini. Pada tahun ini SMK Palong 2 telah diamanahkan untuk mengelolakan 3 acara besar iaitu 2 peringkat daerah(Pesta Pantun dan Kejohanan Merentas Desa Jempol)  dan 1 peringkat negeri (Perkhemahan Pengakap) Tahun ini dikatakan agak mencabar kerana perutukan kewangan bagi mengelola acara-acara ini tidak diperuntukkan lagi. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan tetap juga mengadakan acara-acara yang lazimnya diadakan seperti biasa.

Sehingga ke tarikh ini, beberapa aktiviti telah berjalan, iaitu

1. Mesyuarat Kokurikulum 1 (29/12/15)
2. Mesyuarat Agung Rumah Sukan dan 1 Murid 1 Sukan (5/1/16)
3. Mesyuarat Agung Unit Uniform, Kelab dan Persatuan (6/1/16)

Dalam masa yang terdekat ini, beberapa aktiviti akan dijalankan, iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah dan negeri.

No comments:

Post a Comment