Alhamdulillah, akhirnya program yang telah dirancang lebih 2 bulan lepas berjaya dilaksanakan. Program perkhemahan yang berlangsung pada 30, 31 Oktober dan 1 November lalu telah selesai dengan jayanya. Perkhemahan ini telah disertai oleh 43 orang pelajar, iaitu 21 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Perkhemahan ini juga turut disertai oleh pelajar kaum India seramai 6 orang iaitu 5 lelaki dan 1 perempuan. Secara keseluruhan semua aktiviti dikendalikan oleh jurulatih dari RAMSAR dan selebihnya dijalankan oleh guru-guru SMK Palong 2 dengan dibantu oleh 2 orang jurulatih dari Pergerakan Pengakap Malaysia. Apa yang membenaggakan ialah keseluruhan pelajar menunjukkan komitmen masing-masing sepanjang aktiviti ini. Guru-guru pula sekurang-kurangnya turut menghadirkan bagi menguruskan pelajar dan menyediakan makan minum pelajar. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini.
No comments:
Post a Comment