selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Monday, October 5, 2015

Majlis Bacaan Yassin Untuk Calon PT3 dan SPM, Program Motivasi PT3 dan SPM dan Program Amali Sembelihan 2015

Pada 30 September 2015 yang lalu, pihak sekolah di bawah kelolaan Unit HEM telah mengadakan Program 3 dalam 1 iaitu, Majlis Bacaan Yassin PT3 dan SPM, Ceramah Motivasi PT3 dan SPM dan Program Sembelihan. Dalam program ini seekor lembu sumbangan dari salah seorang warga Felda Palong 3 telah disembelih bagi menjamu warga SMK Palong 2. Acara melapah dan masak memasak telah dijalankan secara gotong royong antara ibu bapa, pekerja dan guru-guru. Amali sembelihan juga turut dijalankan di mana pelajar2 tingkatan 4 melakukan sembelihan ayam. Dalam pada itu Ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah luar juga turut berjalan. Selepas selesai solat zohor secara berjemaah, ibubapa, guru dan pelajar bersama-sama membaca yassin bersempena pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM tidak lama lagi. Unit Kokurikulum ingin mengambil kesemapatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. SIRE EURO SPADU!!!



















No comments:

Post a Comment