Pada 29 Julai 2015 yang lalu, SMK Palong 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015. Majlis ini bermula pada jam 3.00 sehingga 4.30 petang. Walau bagaimana pun, sebenarnya ia telah bermula lebih awal, di mana aktiviti memasak lemang telah bermula jam 9.00 malam pada hari sebelumnya yang dikendalikan oleh guru-guru, kakitangan sekolah dan penduduk-penduduk stempat yang turut dating membantu. Aktiviti memasak lemang ini telahberakhir pada jam 6.00 pagi hari berikutnya.
Majlis bermula dengan bacaan doa olah Ustaz Nik Aziz, diikuti ucapan ketua pelajar Nur Nadiatul dan diikuti ucapan Tuan Pengetua En Amir Fuad kemudian dikuti oleh persembahan nashid oleh kumpulan nasyid yang dijemput khas. Selepas itu diikuti pula dengan jamuan makan, di mana selain lemang, rending dan nasi himpit yang disediakan oleh pihak PIBG, juadah juga turut disumbangkan oleh para guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang berupa pelbagai bentuk biskut, kek dan kerepak. Walaupun majlis ini diadakah secara sederhana, tetapi ia cukup meriah dan Berjaya mencapai objektif yang dihasratkan. Pada majlis ini semua pelajar memakai pakaian hari raya masing-masing termasuk pelajar India.
No comments:
Post a Comment