Thursday, May 21, 2015
Sambutan Hari Guru 2015
Warga SMK Palong 2 (F) telah menyambut Hari Guru pada 18/5/2015 yang lepas di mana pelbagai acara telah dijalankan yang dimulai dengan perhimpunan pagi, acara sukaneka dan seterusnya acara di dewan. Antara acara yang diadakan ialah bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, nyayian lagu Kami Guru Malaysia. Dalam acara sukaneka, guru-guru perempuan telah mengadakan perlawanan bola jaring dengan pelajar perempuan, manakala guru lelaki mengadakan perlawanan futsal dengan pelajar lelaki. Acara kemuncak telah diadakan di dewan Ibnu Khaldun dengan persembahan pelajar dan guru, penyampaian dan bertukar-tukar hadiah. Sambutan pada kali ini diharapkan akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment