selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Sunday, November 9, 2014

Majlis Minum Petang (Hi-tea)

Pada 7 November yang lepas, bertempat di Melang Inn Kuala Pilah, Warga SMK Palong 2 (F) telah mengadakan majlis minum petang (hi-tea). Majlis ini turut dihadiri oleh matan Pengetua iaitu Tuan Haji Murtaza bin Haji Abu Bakar bersama iateri dan anaknya. Majlis ini diisi dengan ucapan Pengerusi Kelab Staff iaitu Cikgu Ahmad Hapian dan Tuan Pengetua Encik Amir Fuad bin Mohd Dom. Acara penyampaian cenderamata kepada AJK Kelab Staff sesi 2014 turut diadakan. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berjalan dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Para guru dan staff juga telah mengambil kesempatan melakukan ziarah ke atas seorang calon SPM yang telah mengalami kemalangan pada hari Khamis sebelumya yang di rawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang terletak berhampiran.

No comments:

Post a Comment