selamat datang ke blog pengurusan kokurikulum smk palong 2 (felda)

Friday, June 27, 2014

Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014

Pada 23 - 25 Jun 2014, SMK Palong 2 (F) bersama dengan SK Batu Kikir telah menganjurkan aktiviti Perkhemahan Pengakap Daerah Jempol 2014 di Jeram Tengkek. Perkhemahan selama 3 hari itu telah disertai oleh seramai 208 ahli pengakap dari sekolah menengah dan sekolah rendah dari daerah Jempol. Perkhemahan ini juga telah dikendalikan oleh seramai 30 orang jurulatih. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Muttakal Haton, PPPD Jempol dan Jelebu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.









No comments:

Post a Comment