Tahniah Juliana. Satu lagi kejayaan dilakar oleh adik Juliana a/p Lordosamy kerana berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara 4X400m dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri ang berlangzung di SSN Za'ba, Kuala Pilah. Sebelum ini pun bdliau telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat pingat gangsa dalam acara yang sama dalam kejohanan Olahraga peringkat daerah yang berlangsung di SMK Datuk Mansur, Bahau, duma minggu sebelumnya. Adik Julina juga telah mewakili derah Jempol dalam Kejohanan Merentas desa Peringkat Negeri yang berlangsubg di SMK Bandar Baharu Serting bulan Januari lalu. Tahniah dn selamat maju jaya!!!
No comments:
Post a Comment